MAKLUMAT MENGENAI BLOG

Blog ini akan memberi informasi mengenai Bahasa Melayu secara umumnya.
Contoh-contoh peribahasa turut dimuatkan dalam blog ini. Disamping itu juga RPH mengenai pengajaran Bahasa Melayu dan refleksinya turut disertakan. Sila klik tab pautan untuk mendapat paparan yang anda kehendaki.

Friday, December 2, 2011

RANCANGAN HARIAN KELAS PERDANA 1

RANCANGAN HARIAN KELAS PERDANA

Tema : Persekitaran Saya

Kemahiran : 2.5 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi gabungan suku kata tertutup dan dan terbuka KVKK + KV.

Objektif : Murid – murid berupaya :

1. Membina dan menulis perkataan suku kata tertutup dan terbuka KVKK + KV dengan betul.

Aktiviti : 1. Murid diminta membina perkataan yang mengandungi suku kata KVKK + KV melalui aktiviti menyusun suku kata dengan menggunakan ‘sahibba’.

2.Latihan menulis perkataan dengan melengkapkan suku kata akhir berdasarkan gambar dengan betul.

3.Latihan pengukuhan melalui aktiviti menulis semula perkataan secara mekanis di dalam buku garis tiga.


REFLEKSI : RANCANGAN HARIAN KELAS PERDANA 1

REFLEKSI:
Dalam tajuk ini juga, saya menggunakan kad imbasan. Oleh itu, murid dapat mengetahui membina dan menulis perkataan suku kata tertutup dan terbuka KVKK + KV.

Kekuatan:
Murid dapat memahami is pelajaran kerana saya telah menunjukkan contoh bagi semua isi pelajaran. Contohnya, dengan menggunakan permainan SAHIBBA murid dapat menyusun suku kata.

Kelemahan:
Terdapat murid yang tidak berjaya menghabiskan permainan tersebut. Pengurusan masa harus ditekankan.

Langkah Mengatasi:
Sebelum melakukan apa-apa aktiviti permainan pastikan arahan diberikan dengan jelas.

0 comments:

Post a Comment