MAKLUMAT MENGENAI BLOG

Blog ini akan memberi informasi mengenai Bahasa Melayu secara umumnya.
Contoh-contoh peribahasa turut dimuatkan dalam blog ini. Disamping itu juga RPH mengenai pengajaran Bahasa Melayu dan refleksinya turut disertakan. Sila klik tab pautan untuk mendapat paparan yang anda kehendaki.

Friday, December 2, 2011

RANCANGAN HARIAN KELAS LINUS 3

Modul Literasi Tahun 2

Rancangan Pengajaran Harian

Unit 5

Tajuk : Kampung Saya

Kemahiran :1.14 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi diftong.

Objektif : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat membaca dan memahami

sekurang-kurangnya 5 perkataan yang mengandungi diftong dengan betul.

Aktiviti :

1. Murid menamakan perkataan yang mengndungi diftong berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Contoh : petai dan lain-lain.

2. Murid menyebut dan mencerakinkan perkataan yang mengandungi diftong kepada suku kata dengan tepat berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

3. Murid melatih tubi mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi diftong secara kelas, kumpulan dan individu.

4. Guru memberi latihan pengukuhan membaca perkataan melalui aktiviti didik hibur seperti permainan bahasa dan nyanyian.

REFLEKSI:
70% murid dapat membaca dan memahami perkataan yang mengandungi diftong dengan betul.

Kekuatan:
Aktiviti yang diadakan dapat membantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Kelemahan:
Terdapat beberapa orang murid yang masih lemah untuk membaca tanpa bantuan kad gambar.

Langkah Mengatasi:
Adakan lebih banyak aktiviti berbentuk permainan supaya dapat membantu murid yang lemah.

0 comments:

Post a Comment