MAKLUMAT MENGENAI BLOG

Blog ini akan memberi informasi mengenai Bahasa Melayu secara umumnya.
Contoh-contoh peribahasa turut dimuatkan dalam blog ini. Disamping itu juga RPH mengenai pengajaran Bahasa Melayu dan refleksinya turut disertakan. Sila klik tab pautan untuk mendapat paparan yang anda kehendaki.

Friday, December 2, 2011

RANCANGAN HARIAN KELAS LINUS 1

RANCANGAN HARIAN KELAS LINUS
Tema :Persekitaran Saya
Kemahiran : 1.5 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi gabungan suku kata tertutup dan terbuka KVKK + KV.
Objektif : Murid – murid berupaya :
1. Menyebut ,mencerakin,mengeja dan membaca suku kata tertutup dan terbuka KVKK + KV dengan betul.
Aktiviti :
1. Murid – murid menyebut perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid membaca dan mencerakin perkataan kepada suku kata.
3. Murid membaca dan mengeja perkataan yang diberi.
4. Latihan pengukuhan mencerakin suku kata tertutup dan terbuka.



REFLEKSI:
60% murid dapat membaca perkataan yang mengandungi gabungan suku kata tertutup dan terbuka KVKK + KV.

Kekuatan:
Berdasarkan gambar yang ditunjukan oleh guru murid lebih mudah membaca perkataan yang diberi.

Kelemahan:
Terdapat beberapa orang murid yang masih lemah untuk membaca tanpa bantuan kad gambar.

Langkah Mengatasi:
Adakan lebih banyak aktiviti berbentuk permainan supaya dapat membantu murid yang lemah.

Rpt Literasi Thn 1

0 comments:

Post a Comment