MAKLUMAT MENGENAI BLOG

Blog ini akan memberi informasi mengenai Bahasa Melayu secara umumnya.
Contoh-contoh peribahasa turut dimuatkan dalam blog ini. Disamping itu juga RPH mengenai pengajaran Bahasa Melayu dan refleksinya turut disertakan. Sila klik tab pautan untuk mendapat paparan yang anda kehendaki.

Friday, December 2, 2011

RANCANGAN HARIAN KELAS LINUS 2

RANCANGAN HARIAN KELAS LINUS
Tema : Persekitaran Saya
Kemahiran : 1.5 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi gabungan suku kata tertutup dan terbuka KVKK + KV.
Objektif : Murid – murid berupaya :
1.menyebut ,mencerakin,mengeja dan membaca suku kata tertutup dan terbuka KVKK +KV dengan betul.
Aktiviti :
1.murid diminta menyebut perkataan yang dipamerkan oleh guru.
2. Murid diminta mengeja perkataan dan mencerakin perkataan kepada suku kata.
3. Murid diminta memilih sampul surat yang mengandungi gambar dan memadankan perkataan pada gambar dengan betul.

4.
Murid diminta membaca perkataan suku kata KVKK + KV dengan betul.

5.
Latihan pengukuhan menulis suku kata awal berdasarkan gambar yang telah diberikan dengan betul.

REFLEKSI:

70% murid dapat membaca dan memahami perkataan yang mengandungi gabungan suku kata tertutup dan terbuka KVKK + KV.


Kekuatan:
Aktiviti yang diadakan dapat membantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Kelemahan:
Terdapat beberapa orang murid yang masih lemah untuk membaca tanpa bantuan kad gambar.

Langkah Mengatasi:
Adakan lebih banyak aktiviti berbentuk permainan supaya dapat membantu murid yang lemah.


Rpt Literasi Thn 2

0 comments:

Post a Comment