MAKLUMAT MENGENAI BLOG

Blog ini akan memberi informasi mengenai Bahasa Melayu secara umumnya.
Contoh-contoh peribahasa turut dimuatkan dalam blog ini. Disamping itu juga RPH mengenai pengajaran Bahasa Melayu dan refleksinya turut disertakan. Sila klik tab pautan untuk mendapat paparan yang anda kehendaki.

Friday, December 2, 2011

RANCANGAN HARIAN KELAS PERDANA 2

Tajuk: Sekolah saya

Kemahiran: 3.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi suku kata tertutup

Objektif: Pada akhir pengajaran murid berupaya:

Mengeja, membaca, memahami dan mencerakin perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK+KVK.

Aktiviti:

i. Guru membacakan beberapa perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.

ii. Guru meminta murid mencantumkan dua perkataan yang mengandungi suku kata tertutup untuk membina frasa atau rangkai kata dan membimbing murid membaca frasa atau rangkai kata tersebut.

iii. Guru mempamerkan gambar dan bimbing murid membaca frasa atau rangkai kata yang tercatat di bawah gambar tersebut.

iv. Guru meminta murid mengeja dan membaca frasa dengan sebutan yang betul.


REFLEKSI:
80% murid dapat mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK + KVK.

Kekuatan:
Aktiviti mencamtumkan dua perkataan dapat membantu murid mengeja dan membaca suku kata tertutup KVK + KVK.

Kelemahan:
Masih terdapat murid yang kurang memahami maksud suku kata tertutup KVK + KVK.

Langkah Mengatasi:
Lakukan banyak aktiviti membaca untuk menambah kosa kata murid.

0 comments:

Post a Comment