MAKLUMAT MENGENAI BLOG

Blog ini akan memberi informasi mengenai Bahasa Melayu secara umumnya.
Contoh-contoh peribahasa turut dimuatkan dalam blog ini. Disamping itu juga RPH mengenai pengajaran Bahasa Melayu dan refleksinya turut disertakan. Sila klik tab pautan untuk mendapat paparan yang anda kehendaki.

Friday, December 2, 2011

RANCANGAN HARIAN KELAS PERDANA 3

Tema : Alam Haiwan

Tajuk : Haiwan Di Air

Kemahiran : 1.12. Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi

“e” taling, “e” pepet dan “o”.

Objektif : Murid berupaya :-

Mengeja , membaca dan memahami perkataan yang mengandungi

"e" taling, "e" pepet dan "o" dengan betul.

Aktiviti :

1. Menunjukkan gambar haiwan .

Cth : monyet , merak

2. Murid menamakan gambar yang ditunjukkan.

3. Menunjukkan kad perkataan.

4. Bimbing murid mengeja dan membaca.


REFLEKSI:
80% murid dapat membaca dan memahami perkataan yang mengandungi "e" taling, "e" pepet dan "o".

Kekuatan:
Murid berupaya mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi "e" taling, "e" pepet dan "o" setelah gambar haiwan ditunjukkan. Kad perkataan turut membantu menambah kefahaman murid dalam membaca dan memahami perkataan.

Kelemahan:
20% murid masih belum dapat membezakan cara penyebutan perkataan yang mengandungi "e" taling dan "e" pepet.

Langkah Mengatasi:
Berikan lebih banyak contoh kad gambar yang mengandungi "e" taling dan "e" pepet. Langkah pengukuhan dan pengayaan harus dilakukan untuk membantu murid dalam membaca dan memahami perkataan yang mengandungi "e" taling, "e" pepet dan "o".

0 comments:

Post a Comment