"Kempen Adab dan Sopan"

Kempen ‘Budi Bahasa dan Budaya Kita’ akan diterapkan dengan nafas baru dan bakal dikenali sebagai ‘Kempen Adab dan Sopan’ supaya lebih mudah difahami dan diterima oleh masyarakat pelbagai kaum. - Datuk Seri Dr Rais Yatim.

SEMAIKAN AMALAN RAJIN MEMBACA

Semaikan amalan rajin membaca pada peringkat awal dalam diri anak-anak. Biarpun jumlah buku yang dibaca purata rakyat Malaysia bertambah dari tahun-tahun sebelumnya, ia masih belum memadai.

KMJ: Memang mengusik jiwa

Teater Kenangan Mengusik JIwa ... 60-an sedang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur sehingga 5 Jun ini. Masih ada masa untuk yang belum berkesempatan menyaksikan sebuah pementasan yang pasti menghiburkan.Lagu-lagu era 60-an yang menjadi pilihan ditambah dengan kehadiran penyanyi era itu di atas pentas pasti membuatkan peminat mereka terhibur. Bukanlah banyak peluang mereka beraksi dalam pementasan berskala besar di Istana Budaya.

Dreamgirls buatan Malaysia memukau

Broadway Dreamgirls sedang dipentaskan di Istana Budaya Kuala Lumpur sehingga 24 Julai ini. Kalau ada yang meragui mutunya kerana karyawan yang menjayakannya adalah anak Malaysia, anda silap. Nyata anak seni kita mampu membawa mood broadway ke Malaysia.

Badai Semalam dapat sambutan hangat

Belum banyak publisiti pasal pementasan teater Badai Semalam yang dibawa daripada novel laris tulisan Khadijah Hashim diuar-uarkan. Tapi sambutannya sangat menggalakkan.Sudah lebih 50 peratus tiket terjual bagi menonton teater yang dibarisi nama popular Erra Fazira, Aaron Aziz, Datin Paduka Umie Aida, Fizz Fairuz, Ziela Jalil dan ramai lagi itu. Ia akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 11 November hingga 20 November ini.

MAKLUMAT MENGENAI BLOG

Blog ini akan memberi informasi mengenai Bahasa Melayu secara umumnya.
Contoh-contoh peribahasa turut dimuatkan dalam blog ini. Disamping itu juga RPH mengenai pengajaran Bahasa Melayu dan refleksinya turut disertakan. Sila klik tab pautan untuk mendapat paparan yang anda kehendaki.

Monday, December 5, 2011

Asal Usul Bahasa Melayu

Perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Saturday, December 3, 2011

PENGENALAN

Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi. Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orangorang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman.

Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

PERIBAHASA 8

PERIBAHASA 8

PERIBAHASA 7

PERIBAHASA 6

PERIBAHASA 5

LAGU PERIBAHASA

PERIBAHASA 4

PERIBAHASA 3

PERIBAHASA 2

PERIBAHASA 1

Friday, December 2, 2011

Cik puan melangkah ular tak lepas

Cik puan melangkah ular tak lepas

Maksudnya : Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.

Cermat masa banyak, jimat masa sedikit

Cermat masa banyak, jimat masa sedikit

Maksudnya : Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.

Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan

Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan

Maksudnya : Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.

Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga

Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga

Maksudnya : Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi.

Sikikih - Spesis enggang

Cerdik bagai ekor kerbau

Cerdik bagai ekor kerbau

Maksudnya : Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.

Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan

Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan

Maksudnya : Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.