MAKLUMAT MENGENAI BLOG

Blog ini akan memberi informasi mengenai Bahasa Melayu secara umumnya.
Contoh-contoh peribahasa turut dimuatkan dalam blog ini. Disamping itu juga RPH mengenai pengajaran Bahasa Melayu dan refleksinya turut disertakan. Sila klik tab pautan untuk mendapat paparan yang anda kehendaki.

Friday, December 2, 2011

TENTANG PERIBAHASA

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasanya sendiri yang mewakili mereka. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa setiap bahasa yang mewakili mereka memiliki sejenis ragam bahasa yang dikenal sebagai peribahasa atau dikenali sebagai kata orang tua-tua yang merupakan warisan mereka yang masih kekal hingga ke hari ini.
Peribahasa amat penting sebagai penghias lisan dan penulisan . Ini kerana ada kalanya sesuatu keadaan atau hal tidak dapat dijelaskan maknanya dengan perkataan , melainkan jika diberikan kiasan serta perbandingan yang mana kebanyakannya lahir dari pengamatan dan pengalaman hidup. Ianya menjadi cara yang canggih , halus lagi berkesan untuk memberikan nasihat , teguran , anjuran dan sindiran yang mudah ditangkap oleh pihak yang dinasihati.

Memandangkan pada saat alat-alat yang kita jumpai pada abad ke dua puluh ini belum dikenali oleh nenek moyang kita , maka unsur- unsur dan fenomena alam semulajadi yang melinkungi kehidupaann mereka menjadi sumber ilham untuk mengungkaikan peribahasa, antaranya tumbuh-tumbuhan merupakan salah satu ciri yang ditonjolkan atau dijelmakan bagi menggambarkan sesuatu keadaan dan perihalan. Demikianlah halusnya budi dan panjang akal serta tingginya daya tanggap psikologi nenek moyang kita. Maka seharusnya bagi kita menjaga warisan yang tinggalkan pada kita dengan sebaik cara yang mungkin.

0 comments:

Post a Comment